catatan khairul faiz

Friday, February 11, 2011

Semerah Padi : Nasihat Hasan Al-Basri Kepada Khalifah Umar Abdul Aziz

"Wahai Amirul Mukmini, Tuhan memberi amanah kepada khalifah bagi meluruskan segala yang bengkok, membaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, membela mereka yang teraniaya, dan menjadi penolong mereka yang terlantar.


Wahai Amirul Mukminin, ketua negara yang adil ibarat gembala yang sayang kepada haiwan-haiwan ternakannya, menghantarnya ke tempat yang selamat serta jauh daripada bahaya, mengawalnya daripada gangguan binatang buas serta melindunginya daripada kepanasan dan kedinginan.


Khalifah yang adil, wahai Amirul Mukminin, laksana seorang ayah yang arif bijaksana pada anak-anaknya. Apa yang dilakukan demi kebaikan mereka, mengajarnya menjadi orang yang berguna, bekerja keras membanting tulang untuk ahli keluarganya serta meninggalkan peninggalan yang berharga buat mereka apabila meninggal dunia kelak.

Ketua negara yang adil itu, wahai Amirul Mukminin, ibarat seorang ibu yang berkasih sayang serta bersikap lemah lembut kepada anak-anaknya. Dia rela mengandungkannya dengan bersusah-payah, kemudian mengasuhnya ketika bayi. Dia sanggup berjaga malam selagi anaknya tidak tidur dan perasaannya baru lega dan tenang selapas anaknya tenang dan tidur lena. Kemudian dia menyusukan anaknya ketika haus dan gembira apabila anaknya sihat dan berdukacita apabila anaknya sakit.


Ketua negara yang adil, dia berdiri antara Tuhan dengan hamba-Nya. Dia mendengarkan firman Allah kemudian menyampaikan kepada rakyatnya. Dia patuh kepada perintah Tuhan kemudian mengajak rakyatnya supaya turut mematuhi-Nya.


Kerana itu, wahai Amirul Mukminin, dengan kuasa yang dikurniakan Tuhan kepada kamu, jangan jadi seperti budak suruhan yang diberi amanah oleh tuannya bagi menjaga keluarga dan harta bendanya, kemudian dia khianat serta melakukan sewenang-wenangnya hingga harta itu habis dan majikannya menjadi marah.


Ketahuilah wahai Amirul Mukminin, Tuhan menggariskan panduan hidup melalui kitab Al-Quran dan lidah Rasulullah supaya manusia menjauhkan diri daripada kejahatan. Tetapi bagaimana sekiranya yang melanggar peraturan itu orang yang sepatutnya menjadi pelaksana hukuman itu? Tuhan menjadikan hukum qisas sebagai jaminan kehidupan para hamba-Nya. Tetapi bagaiman apabila orang yang jadi pemimpin itu adalah orang yang seharusnya dituntut bagi menjatuhkan hukuman itu?


Wahai Amirul Mukminin, sentiasa ingat akan mati dan apa yang terjadi selepas mati. Ketika itu kamu tidak ada pembela selain amal ibadat kamu. Kerana itu, bersiap sedialah menghadapinya dan jadikan perkara itu masalah besar bagimu. Ingatlah pada hari di mana seseorang itu melarikan diri daripada saudaranya, ibu bapanya serta isteri dan anak-anaknya.


Wahai Amirul Mukminin, jangan kamu menghukum hamba Allah dengan hukuman orang yang jahil. Janganlah bawa mereka itu di jalan yang dilalui orang zalim. Jangan kamu beri kesempatan pada orang sombong yang berkuasa ke atas orang yang lemah.


Wahai Amirul Mukminin, janganlah kamu memandang pada kedudukan kamu pada hari ini, tetapi pandanglah kedudukan kamu pada hari esok di mana kamu terbelenggu dalam cengkaman maut, kemudian berdiri di hadapan Allah di tengah kelompok para malaikat, para nabi dan rasul.


Akhir kata, wahai Amirul Mukminin Khalifah Umar bin Abdul Aziz, meskipun nasihat yang saya berikan ini tidak sebaik nasihat para cendikiawan, namun saya setulus hati sayang dan cinta kepadamu. Saya mengirim surat ini laksana orang yang memberikan ubat kepada kekasihnya, yang menuangkan ubat yang pahit dengan harapan orang yang dikasihinya sihat.


Selamat atasmu, wahai Amirul Mukminin, semoga Tuhan memberi rahmat dan berkatNya kepadamu. Amin."


Khalifah Umar Abdul Aziz sering membaca surat daripada Hasan Al-Basri. Beliau juga selalu membacanya di hadapan menteri dan pegawai-pegawainya. Kemudian dia mengajak mereka sama-sama mengambil iktibar daripada nasihat Hasan Al-Basri.



ps : taken from Teratak Musafir's Blog

Thursday, February 10, 2011

Semerah Padi : LINK BLOG DAN TWEETER SEMERAH PADI

Assalamuaalaikum wbt,

Saya mewakili pimpinan tertinggi semerah padi berbesar hati menyarankan agar semua ahli agar meletakkan link untuk blog dan tweeter Semerah Padi...Link tersebut adalah seperti berikut :

http://www.beliasemerahpadi.blogspot.com/  (Blog Semerah Padi)
http://twitter.com/pbmsp   (Tweeter Semerah Padi)
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_123567321034648&ap=1 (Facebook Semerah Padi)

anda semua boleh berbuat demikian dengan pergi ke profile, kemudian klik butang info facebook anda, kemudian klik pada butang edit dan copy dan paste kan link di atas pada info untuk website anda...ini bertujuan untuk promosi blog dan tweeter kita semua...minta kerjasama daripada semua ahli Semerah Padi

Wednesday, February 9, 2011

Semerah Padi : STICKER SEMERAH PADI

assalamuaalaikum wbt...perhatian untuk semua alhli PBSP...kami di admin ingin mengumumkan bahawa pihak kami TIDAK mengeluarkan sebarang jenis STICKER atau apa2 barang lagi melalui PBSP termasuklah keychain dan sebagainya...untuk berita2 seumpama ini sila tunggu admin sendiri yang akan membuat pengumuman dan HARGA yang ditawarkan TIDAK MENCEKIK DARAH para ahli...untuk pengetahuan ahli semua admin PBSP sentiasa memantau setiap post drpd ahli PBSP... sekian terima kasih

Tuesday, January 11, 2011

Semerah Padi : Persatuan Belia Semerah Padi

Tujuan utama tertubuhnya persatuan ini adalah untuk mencapai objektif untuk membantu serta membimbing anak-anak bangsa terutama MELAYU dalam mencapai visi menjadi satu pertubuhan melayu yang perkasa bagi menjana kecermerlangan AGAMA BANGSA dan TANAH AIR dari segi rohani dan jasmani. 

Menitikberatkan adat dan kebudayaan orang melayu. Misi kita adalah "Satu Belia Menyatukan Bangsa".

Dari sudut yang lain PBMSP ditubuhkan adalah untuk :-
i.MEMARTABATKAN GOLONGAN BELIA KEARAH KEAGAMAAN,KEBANGSAAN DAN KENEGARAAN
ii.MEMELIHARA KEDAULATAN RAJA
iii.MENCEGAH GOLOGAN BELIA DARI DADAH DAN REMPIT
iv.MENJANA EKONOMI ORANG MELAYU

Temui komuniti PBMSP di laman sosial: Persatuan Semerah Padi di Facebook